Sunday 27 March 2011

BBQ Santai Umah Pak Ngah Ishak








20 Feb 2011 - Wah..... terasa sangat lega selepas menghabiskan final exam utk trimester 7. hanya berbaki 2 trimester lagi sblm bergraduat. Erm... dengan perancangan yang singkat, operasi menyerbu rumah Pak Ngah pun bermula.... Shopping dulu kat Giant Nilai sblm g umah Pak Ngah kat sg Pelek. Ni kali kedua mybcomm ke rumah Pak Ngah... Rasa mcm ingat2 lupa la umah Pak Ngah ni... Kan dah betul aku cakap, sesat barat ntah ke mana. Dekat kul 630 ptg baru sampai umah Pak Ngah. Rasa best jer sebab suasana umah Pak Ngah ni sunyi dan jauh dari kesibukan. Malam menjelang tiba dan sangat terharu sbb Pak Ngah dah siapkan utk kami 'campfire' kat tepi tasik.... Rasa nak tdo jer kat halaman belakang rumah Pak Ngah. Rasa best, tenang dan mendamaikan....

Tuesday 15 March 2011

Promo Oh Promo....

12 Mac 2011 - FACON datang lagi. tahun lepas aku tak sempat bertugas sbb kena rushing balik kampung. Tahun ni aku sempat la bertugas walaupun hanya separuh hari. Jumaat aku n the gang bergegas ke KLCC untuk setup booth. Letih dan panas sbb depa kedekut tak pasang ekon... Dekat nak maghrib baru aku sampai semula ke opis. Sabtu pepagi lagi aku dah ke KLCC. Park kete kat LRT Sungai Besi. Naik tren sampai ke KLCC. Mcm nak tercabut kaki berjalan dari twin tower ke Convension Centre. Keadaan tak lah sesibuk mana. Bila perasmian di lakukan pada jam 11 pagi, keadaan mula sedikit sibuk. ramai jugak yang berkunjung ke booth kami. Sekitar jam 130petang, aku bergerak balik ke UPM untuk ke kelas aku kul 3. Punyalah kerap sangat naik tren, aku leh tersalah stesen masa balik. Penat mmg penat, lawak pun ye jugak. Dah lah panas terik.

Sunday 13 March 2011

Kelas Oh Kelas....

13 Mac 2011 - Masyaallah.... rasa nak pengsan bila masuk ke kelas pertama, mggu pertama utk trimester 8 ni. Mcm2 ragam, mcm2 hal.... dan yang pasti, ramai yang ponteng kelas.... Ngeeee..... Mgkn masing2 bnyk hal untuk diselesaikan. Aku? Aku ttp mcm ni la... memula jer bersemangat bagai nak rak, tapi tak tau la lepas ni jadi apa.... Hahahaha.... Pensyarah semuanya ok setakat ni, tapi tugasan, dah rasa mcm nak membunuh.... Doaku harap semua teman2 sekelas ttp akan bersemangat bagi menempun trimester 8 yang semakin mencabar ni....

Friday 11 March 2011

Trimester 8.... Here I come....

11 Mac 2011 - Erm.... Diam tak diam, dah masuk trimester 8 rupanya. Tak lama lagi abis la sesi pengajian aku. Tak sabar rasanya utk habiskan pengajian aku dan sambung master pulak. Apa yang selama ini aku impikan, harap menjadi kenyataan suatu hari nanti. Biar badai melanda kehidupan aku, doaku agar aku sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang.

Hujan Rahmat Sepanjang Hari

11 Mac 2011 - Lepas balik dari bekpes ngan ayah, hujan turun.... Tak henti2 sampai la aku balik dari opis magrib tadi. Harini tak de mood langsung nak buat keje.... Malas sangat rasanya nak buat apa2 harini. Lepas solat jumaat, aku n the gang cargas ke KL Convention Centre utk setup booth utk program promosi esok ngan lusa. Hujan sepanjang perjalanan dari UPM ke Kl, dengan kesesakan lalulintas lagi. Mcm2 hal. Berpeluh2 aku n the gang kat KLCC pasang menatang2 utk pameran esok. Sesak lagi jalan balik waktu primetime.... Seb baik aku dok sblh jer.... Tak sempat nak g minum dulu walau haus sangat sbnrnya.

Wednesday 9 March 2011

Hati Semakin Resah

9 Mac 2011 - Saban hari hati semakin gelisah tatkala mengenangkan nasib diri yang dirundung malang. Namun aku tetap bersyukur adanya penyeri hidup aku yang sentiasa berada bersamaku di kala suka dan duka. Dugaan demi dugaan datang menguji aku, namun aku pasrah dengan ketentuan Ilahi. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma lambat atau cepat dan cuma kita sabar atau tidak dalam menghadapi dugaan dari yang maha Esa.
Tuhan tidak akan menguji hambaNya di luar kemapuan hambaNya. Bila kita menghadapi masalah, jgnlah kita cepat melatah. Jika kita lalai, pulanglah kepada Dia maha pencipta. Ketenangan akan muncul dalam diri. Berfikirlah dengan tenang dan pasti, jalan penyelesaian akan muncul di hadapan kita tanpa kita sedar. 
Sentiasalah bersyukur dengan limpah kurnia dariNya.
Rezeki tidak akan datang bergolek jika kita mencari. Tetapkan iman dan berusahalah selagi terdaya. Jangan hilang semangat dalam menempuh liku2 kehidupan yang semakin mencabar. Jika tiada dugaan, bukan kehidupan namanya. Jadi, bersabarlah, dan berusahalah agar kebuntuan akan terserlah jalan penyelesaiannya.

Tuesday 8 March 2011

Berjalan Kucing Sambil Menolak Motor

8 Mac 2011 - Ramai plak student datang opis malam ni.... Lepak punya lepak tak sedar jam dah dekat kul 8 malam. dengan cergasnya aku capai helmet dan pergi ke moto aku.... start moto jer baru perasan minyak dah kritikal. sempat sampai ke tak aku kat petrol pump ni? bukak wallet ada 2 hengget je lak... adoi... kena g bank dulu.... lepas kuarkan duit, g la petronas kat depan upm ni... bwk slow jer sbb takut minyak habis.... elok2 aku sampai kat trafik light nak belok ke kiri, tetiba moto aku mati.... adoi.... sah minyak abis ni.... tekan2 starter x nak idup gak.... erm... dengan BANGGANYA aku pun turun dari moto, berjalan kucing sambil menolak moto aku ke arah petronas. seb baik dah tak jauh. kalau jauh, mau berpoluh ni.... hadoi.... hadoi dan hadoi lagi.... apa lah nasih aku.... lepas isi minyak tetiba rasa mcm ada rintik2 hujan plak... aku pun memecut balik ke rumah. punya malas nak bukak baju hujan. seb baik sempat sampai umah.

Monday 7 March 2011

Istiharah...

7 Mac 2011 - mengeluh panjang aku kali ini. Mgkn ini dugaan Tuhan buat aku agar lebih bersyukur padanya. satu persatu cubaan datang melanda hidup aku. 
Sedang mencari petunjuk, terasa mcm nak tangguh pengajian jer.... dah rasa tak boleh survive. Masyaallah... beratnya dugaan aku kali ni. Apa yang aku mampu buat ketika ini? hanya mampu berdoa pada yang maha Esa.
Apa lagi aku nak gadai ni??? kete dah lesap, takkan moto plak? hadoi.... makin pening dan serabut kepala aku memikirkan nasib aku dan dugaan Tuhan buat aku dan Isteri. Moga kami dapat lalui nya dengan tabah.

Pendaftaran Pelajar Part 2

7 Mac 2011 - Erm... mcm2 ragam pelajar exec arini... kelam kabut kami dibuatnya.... mcm2 masalah.... yang ada sampai tak mau balik sbb tak settle mslh dorang.... adoi la.... semua dah besar2, tapi kekadang tak leh nak pikir cara dewasa. masing2 kena suap mcm kanak2 riang. tapi cukup respect bila ada segelintir pelajar yang cukup matang. berbincang cara elok, sama2 cari jalan sehingga selesai. tak de la mcm stgh2 pelajar ni yang suka marah2 bila kehendak mereka tak dapat dipenuhi. come on la, korang dah besar panjang dah. 
Alamak..... tetiba jer aku dgr bunyi hujan yang lebat kat luar.... adoi la... mcm mana nak balik ni??? seb baik hujan dah benti masa aku nak balik. 
erm.... satu lagi hal, adoila, akaun tak tele la plak... mana lesap 750 ni? takkan silap kira? harap2 awin dapat la jumpa kat mana short nya 750 tu.... kalau tak, parah lah aku..... 

Sunday 6 March 2011

Kaloi oh Kaloi...

6 Mac 2011 - Setelah bekian lama aku bersedih atas kematian "Johny" si kaloiku yang sudah bersamaku hampir 5 tahun, aku tak de perasaan lagi nak bela ikan.... tapi smlm (5 Mac 2010), aku terfikir nak bela ikan semula.... Kaloi ke, lampam ke atau nak bela buaya? hahahaha.... kononnya nak beli kaloi sabah, ingatkan murah, rupanya sekor jer rm48, tak jadi aku.... sudahnya, aku beli la 'Golden Kaloi' 2 ekor... sekor rm8 jer.... Akuarium 4 kaki lebar dan 1 kaki stgh aku mmg dah lama kosong sejak kematian ikan talapia milik anak buah aku.... seronok la ikan2 aku tu berenang2 dalam akuarium besar tu.... tak sabar nak tggu dia besar.... dulu... Johny aku sepanjang sekaki stgh dan berat hampir mencecah 6kg, namun mati sbb terkena jangkitan bakteria.... tak sempat nak tabur garam, dah tergolek Johny aku.... sedih gak la dekat seminggu.... mungkin tulah sbb tak bagi kawan aku yang mengidamkan kaloi aku masa dia peknen n sampai sekarang anak dia dah berusia hampir 5 tahun masih meleleh air liur... bak kata orang jawa "ngencessss".....

Students Registration

6 March 2011 - From 9 a.m till 5 p.m today, i was in the office for students registration. So tired to entertain executive students rather than full time student. so many things to be settle. so many issues that they want us to settle for them. but, that what we call responsibilities rite? so, help them as much as u can....
dalam kesibukan semasa pendaftaran, ayeen (anak dara awin) ada sekali penyeri suasana.... Boss plak belanja pizza utk lunch.... hadoi, kekenyangan sangat. balik umah rasa nak tdo jer....

Saturday 5 March 2011

Talent Outing

Tak perlu kata apa2...
5 Mac 2011 - Kul 9 pagi konon.... erm... sudahnya kul 10 jugak baru sampai kat Bukit Ekspo, UPM utk sesi outing fotog. Cuaca sangat elok, panas terik buat aku n group berpeluh sakan... berjalan menyusuri segala ceruk di Bukit ekspo, shoot sana, shoot sini, seronok terasa sampai hilang kepanasan.... dah puas shoot, g lepak lunch kat cafe Kelab Golf, UPM. Lepas semua kenyang, berpecah semula utk sambung tugas masing2...
Ngeeeee.... di celah ketiak... hahahaha


Lama x dpt nek buai camni

Bestnya men buai...

Friday 4 March 2011

Aku Berpolitik

5 Feb 2011 - Jadi sejarah dalam hidup aku bilamana aku yang tak gemar amik tau pasal politik, pasal kempen dan aku sememangnya belum pun mendaftar sebagai pengundi, terpaksa menjadi wakil parlimen dalam subjek Komunikasi Politik. Memula rasa ketaq jugak lutut ni, tapi bila dah mula, seronok plak. Baru je mula bercakap, hujan turun dengan lebat. Bertempiaran lari menyelamatkan harta benda yang ada. Tak habis kat situ jer, sambung lagi berhujah dan berkempen sehingga petang. Seronok sangat walau pada mulanya agak stress dengan persiapan.






Bowling Lagi

23 Februari 2011 - Lama dah tak main bowling... Kali ni ada game bowling merebut Piala Prof. Dr Khalid. Ramai saingan yang hebat2. gerun jugak sbb group aku ni semua dah lama tak main. Game bertempat di Mines Super Bowl di Mines Shopping Fair. Aku mcm biasa la.... sentiasa lingkup. Alhamdulillah.... Group aku berjaya menjadi juara bagi merebut Piala P.Dr. Khalid. walaupun lesap haapan utk mendapat tempat bagi individu, tapi aku puas hati... akan cuba untuk merebut Piala yang lain pulak...




Sepetang Bersama Rashidi Ishak

24 Feb 2011 - Punya lah lama tak jumpa makhluk tuhan ni, akhirnya abg shidi call n nak datang lepak fakulti aku. Lepas dia settlekan hal dia ngan lecturer dia kat Fakulti Ekologi, dia datang lepak ngan aku n kak sal kat mamak fakulti. Masyaallah, jeles aku tgk dia sbb dia dah kurus.... sangat kurus.... lama tak jumpa dia. seb baik taufik kebetulan lalu n pegang camera, apa lagi, sempat la amik gambo ngan kengkawan lain kat opis. erm.... Abg shidi dah habis blaja, aku lak tggu bulan 10 nanti baru abis.... tak lama lagi tu....




Jalan-jalan cari pasal

31 Januari 2011 - Baik punya plan nak g jenjalan kononnya, sudahnya, hujan lebat sepanjang perjalanan pulang ke kampung. aku amik cuti seminggu masa cuti hari raya cina. pepagi lepas subuh bertolak dari putrajaya, kononnya nak tgk sunrise kat pantai P.D, tapi matahari masih dalam selimut sbb hujan. tak tercapai hasrat. sian anak buah aku tak dpt mandi laut.... menyusuri jalan dalam sepanjang perjalanan ke kampung, dengan cuaca lembab sepanjang perjalanan, membuatkan semua perancangan terbatal. Namun, Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung dengan selamat dan menghabiskan cuti selama seminggu di kampung....



Me In Purple









12 Disember 2010 - tak sabar aku nak balik kampung lepas selesai majlis perkahwinan aku di Bangi. Malam tahun baru hijrah aku balik ke kampung bersama adik dan isteri tercinta. aku menjangkakan majlis di kampung tidak semeriah di bangi, hanya sekadar jamuan makan bersama family dan sedara2 sume, rupa2nya persiapan yang mak aku buat, melebihi dari jangkaan aku dan isteri.
Mak ucu beria2 menyiapkan bilik tidur pengantin dan meja makan berdamai di rumah aku. ku sangkakan seksaan memakai pakaian pengantin sudah berakhir, rupanya tidak lagi. tema purple jadi pilihan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sedondon memakai baju perple dan kami suami isteri memakai set lengkap sepersalinan kaler purple jugak. terkejut mak ngan bapak mertua aku bila lihat majlis yang ada di kampung.
Cuaca terang dan sangat elok. matahari memancar terik membuatkan aku berpeluh sakan...
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar.
mcm nak patah pinggang aku menyental periuk selepas majlis. nasib baik ada bantuan dari adik2 aku.