Friday 4 March 2011

Me In Purple









12 Disember 2010 - tak sabar aku nak balik kampung lepas selesai majlis perkahwinan aku di Bangi. Malam tahun baru hijrah aku balik ke kampung bersama adik dan isteri tercinta. aku menjangkakan majlis di kampung tidak semeriah di bangi, hanya sekadar jamuan makan bersama family dan sedara2 sume, rupa2nya persiapan yang mak aku buat, melebihi dari jangkaan aku dan isteri.
Mak ucu beria2 menyiapkan bilik tidur pengantin dan meja makan berdamai di rumah aku. ku sangkakan seksaan memakai pakaian pengantin sudah berakhir, rupanya tidak lagi. tema purple jadi pilihan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sedondon memakai baju perple dan kami suami isteri memakai set lengkap sepersalinan kaler purple jugak. terkejut mak ngan bapak mertua aku bila lihat majlis yang ada di kampung.
Cuaca terang dan sangat elok. matahari memancar terik membuatkan aku berpeluh sakan...
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar.
mcm nak patah pinggang aku menyental periuk selepas majlis. nasib baik ada bantuan dari adik2 aku.

No comments:

Post a Comment